THANK YOU POPULAR!!!!

Hallooo guyss~~~~~

Hari ni I dapat good news.













Tadahh!!. Dapat hadiah sertai contest. Sejujurnya aku tak pernah join contest dan kalau aku join pon mesti tak menang. Actually, aku join ni saja-saja je. Aku ada expect la aku menang tapi benda ni dah lama and sekarang dah masuk tahun baru, aku pun dah tawar hati and putus asa ingat tak dapat. Rupanya bertuah jugak aku ni setelah hidup lebih 2 abad. Haha. Aku isi borang ni masa member aku ajak jalan-jalan dekat Avenue K. Diaorang makan sushi king, masa ni aku puasa. So, aku pun melencong pergi popular pastu popular ada bagi top 10 buku paling laris. Masa ni, aku tengah cari novel Suri Hati Mr Pilot, pastu ada pulak tu and yang paliiingggg best ialah buku favourite aku iaitu Pelukis Jalanan dengan Arkitek Jalanan tersenarai. Ya Allah, gembira nak mati aku time tu. Tapi tak silap aku masa tu Arkitek Jalanan sold out. 😭Sedih aku. Pastu nampak ada contest aku pun join la sesaja, tak sangka pulak menang. Kat contest tu tak silap aku dia suruh pilih buku yang terbaik dari kategori fiksyen dengan bukan fiksyen. Kategori bukan fiksyen confermlah aku pilih Teme punya buku.😍 Kategori fiksyen of course la aku pilih abe patah dengan kak lopah punye cerita. Aku kene pilih 3 buku kot kalau tak silap, yang lain aku dah lupa. Hahah😆. 

Benda ni adalah benda yang aku takkan lupa sebab aku menang dalam bidang yang aku minat, aku undi penulis dan cerita kegemaran aku. Everything is on my side. Aku tak sangka😭. Terima Kasih Allah atas nikmat ini and TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK POPULAR SEBAB TERPILIH AKU. You guys give me a little courage and support. You make me cry. Huwaaaa. Sob Sob. 

Tapi, aku maybe tak dapat ambil hadiah sebab masa ni dah balik pagoh😓. Entah boleh ke tak hantar wakil takpun aku balik sekejap. Takpa lah, yang penting aku menang and dapat hadiah and ada benda yang aku nak banggakan. Hohohoho. Thanks~~~

So guys, keep on going straight, keep on smiling, keep on walking eventhough people throwing rock at you, just chase your dream. Kalau bukan kau yang mulakan dan gerakkan, siapa lagi nak buat sebab kau yang tentukan masa depan kau, kau yang berjalan dan kau yang hadap benda ni. So, kejarlah impianmu meskipun sudah terlambat kerana Allah telah berikan kamu waktu yang sesuai untuk kau gapai impian kau. Hanya kau yang mampu ubah hidup kau sebab hanya diri kau yang tahu apa yang kau inginkan dan hanya diri kau yang faham tentang apa yang kau mahu dalam hidup. Last, don't forget to stay happy, stay healthy and stay positive!. You can do it. We can do it! Everyone can do it! Fighting!!!!!🍀

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa

More info about Malay for International Communication.

what is BEST and NOT BEST in UIA