UPDATE: KEHIDUPAN LEPAS DEGREE
Assalamualaikum guys,
Sorry for not updating. Maaf juga kepada yang emel dan tanya soalan. Saya busy sangat.๐
Alhamdullilah sekarang ni saya dah kerja✌. Bidang apa? Bidang pendidikan. Kepada siapa yang tertanya-tanya course ni kerja apa, apa akan jadi, mesti tak laku. Jangan risau, alhamdullilah semua kawan-kawan saya kerja yang best-best. Ada kerja di bank, jadi pensyarah, kerja bahagian PR dan lain-lain. Yang penting pandai bawa diri dan yakin masa sesi interview.๐ช
Sekarang ni saya kerja di sebuah sekolah swasta berdekatan kota raya. Sekolah apa dan mana? Sorry, I refuse to disclose. Alhamdullilah setakat ini kerja okay je, stress tu normal kan. Hahahaha. Colleagues semua okay, environment best, hadap parents tu biasalah kadang stress kadang hadap je la. ๐๐๐
Macam mana saya boleh kerja bidang pendidikan sedangkan saya bukan budak edu? Sebenarnya, mostly private school akan ambil graduan yang bukan background education tapi berminat nak jadi guru. Sebabnya, takut budak education cepat pindah lepas dipinang KPM. ๐
Saya pun ambil DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) masa kerja. Alhamdullilah, dah habis dah pun. Jujur cakap, penat memang penat, stress memang stress. Tapi nak buat macam mana, itu peluang yang kita dah dapat, GRAB je!๐ Pejam celik pejam celik dah habis pun. Yeayy dah ade education certificate!๐
Kepada adik-adik yang pening, stress, confuse fikir masa depan. Nasihat saya, pilihlah course yang awak minat dan BOLEH bawa. Bekerja tu kena pandai cari, saya pun kena merantau untuk dapat apa yang saya nak. Kalau nak kata journey saya dalam mencari kerja terlalu sukar untuk saya ceritakan. Perjalanan mencari kerja saya tu lagi lama berbanding rakan yang lain. Dahlah masa tu PKP, siapalah nak ambil orang bekerja, sedangkan pekerja yang ada pun kena buang. ๐Tapi nasib saya ni bijok cari duit. Muahahaha!๐
So, do what you like, love what you do! ๐Pilih mana yang terbaik untuk diri awak, give up itu normal tapi jangan lupa untuk bangkit. Pause, Think, Choose. Good luck and take care everyone!๐ซ๐
Comments
Post a Comment